Saturday, January 10, 2009

Wan Rosmiza

Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah. Artikel ana yang sebelum ini berkisar kepada Masriah dan Kebun Hj Taib, insyaallah ana akan sambung lagi nanti, (ingin ana terus sambung, namun ada perkara yang bagi ana lebih awla untuk ana ceritakan).

Dua hari yang lalu(kalau tak silap), ana sekali lagi smskan kepada sebahagian sahabat A02 berkaitan dengan blog Kemboja Jingga, ana mendapat respond dari beberapa orang sahabat, antaranya adalah Wan Rosmiza. Dia memohon maaf diatas ketidak sempatannya lagi untuk membuka blog kita ni.


Rupanya baby yang dia lahirkan tempoh hari premature (tak cukup bulan), maka dia terpaksa kerap berulang alik ke hospital, tentu ramai sahabat tahu kebiasaan bayi yang premature, badannya biasanya belum cukup sedia untuk dilahirkan dan biasanya ada la pemerhatian lebih yang diperlukan.

<gambar hiasan>

Tentunya kesusahan ini terpaksa dipikul oleh Wan dan family, ana tumpang simpati, namun kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ganjaran pahala bagi Wan dan family.

Wallahua'lam

Wednesday, January 7, 2009

MASRIAH YANG TELAH BANYAK BERJASA

Bila ana ungkapkan perkataan MASRIAH, apakah masih perlu untuk ana huraikan tentang apakah itu MASRIAH? Ana cukup mengharap kenangannya masih belum lupuk dari ingatan kita.. Biar TA kita tidak dibuat di situ, anmun ana yakin dan percaya pasti sahabat-sahabat juga pernah berprogram di Masriah. (Note: maafkan ana jika ejaannya tidak betul).
Sejak sekian lama ana berazam untuk menyumbang sedikit apa yang dipinjamkan oleh Allah untuk tempat-tempat yang telah banyak berjasa kepada kita, dan antaranya adalah Masriah. Jika sahabat-sahabat seia-sekata dengan ana, jom kita bangunkan idea apa yang boleh kita bantu.
Untuk Ladang Hj Taib (kalau tak salah ana), dulu ana pernah berborak dengan tuannya, dan dia menyatakan impiannya untuk bangunkan tanah tu sesuai untuk dijadikan tempat program, jika hasratnya masih begitu, ana juga mengharap dapat membantu.
"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdaganan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"

As-Saf:10-11

Saturday, January 3, 2009

AKU BUKAN MUSUH HARTA

Di Mana Kita?


Wahai saudaraku, apakah kita hanya mempu memandang? Atau apakah ada perkara lain dari urusan pembelaan terhadap Islam? Sendang kita masih tercari-cari arah, Yahudi Laknatullah terus membunuh saudara kita. Mereka terus menuding jari "HAMAS perlu bertanggungjawab"!! Apakah kita seia kekata dengan pandangan musuh Islam?

Tuesday, December 30, 2008

1430 H


1430 tahun yang lalu, bersamaan dengan
1 Muharam sejarah telah menyaksikan satu titik kemenangan umat Islam apabila berlakunya peristiwa hijrah. Penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah yang ketika itu dikuasai kafir Quraish ke Madinah membuka lembaran baru apabila Islam mula memerintah.

Malangnya peristiwa kemenangan ini disambut penuh duka pada tahun ini apabila Kuffar Israel telah mengebom Wilayah Gaza yang dikuasai HAMAS. Negeri yang telah lama dipenjara dengan penjara berdinding batu ini ditekan lagi dengan pengeboman menggunakan pesawat pejuang. Lebih malang lagi apabila seluruh dunia yang selama ini sering berbicara tentang hak memerintah, keadilan sosial, dan sebagainya tiba-tiba membisu. Apatah lagi Amerika yang mengaku polis dunia terus menyokong keganasan Israel.

Terdapat negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan yang mengadakan kecaman dan demonstrasi, namun ia dilihat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tidak ada tekanan yang serius, tidak ada tekanan yang mampu dirasakan oleh Israel. Bahkan ramai yang merasakan ini bukan urusan mereka.

Di dalam ruang ini, pihak pengurusan blog Kemboja Jingga merakamkan sekeras-keras kecaman terhadap tindakan zalim Israel. Mesti membikot produk-produk Israel dan sekutu mereka Amerika Syarikat. Kita juga mesti menyeru agar umat Islam mempergandakan munajat kepada Allah agar memberi kemenangan, dikuatkan keimanan dan menurunkan bantuan kepada saudara seIslam di Palestin.

Wahai sahabat-sahabat ku, apakah kita hanya menongkah dagu melihat kekejaman terhadap saudara kita? Apakah sahabat-sahabat tidak terfikir sesuatu, jika ada, jom sama-sama kita laksanakan.


Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!

Monday, December 22, 2008

MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum kepada sahabat sahabiah, ini adalah artikel ke-3 dalam blog ni, tapi sebenarnya ana belum pun lagi memberitahu kepada sahabat sahabiah tentang kewujudan blog ini, ana takut jika susah-susah sahabat sahabiah buka blog ni, cuma baru ada satu artikel. Insyaallah petang ini ana akan smskan tentang kewujudan blog KEMBOJA JINGGA ini.
Ana memahami tentang kesibukan sahabat sahabiah menghalangi kita untuk selalu berhubung, samaada kesibukan dengan tanggungjawab terhadap keluarga, dengan kerja atau halangan kesukaran meng akses internet. Namun, jika perkumpulan kita aktif, tentu keinginan untuk membukanya adalah lebih tinggi.
Alhamdulillah, sudah ramai antara sahabat sahabiah A02 yang telah mendirikan rumahtangga, semoga suatu hari nanti benar tercapailah hasrat mewujudkan mujtama' muslim (masyarakat muslim) dengan penyusunan batu bata individu muslim menjadi baitul muslim. Minggu lepas, saudara Rizal Arham ada menghubungi ana memaklumkan beliau telah selamat diijab kabulkan, Alhamdulillah.
Sebagaimana tak kurang perkembangan ijab kabul, ramai juga yang telah menimang cahaya mata. Semoga nanti bolehlah sahabat sahabiah paparkan dalam blog ini nanti.
Oh.. meleret pula ana dari hasrat hati menulis artikel ini, ana cuma ingin berkongsi situasi adik beradik ana.Kami rata-rata mempunyai minat dan kecenderungan yang berbeza, ditambah pula dengan semuanya berpendidikan asrama penuh(kecuali ana), hubungan kami tidaklah semesra mana, maklumlah titik pertemuan tu sikit sangat. Namun Alhamdulillah, semakin dewasa kini, hubungan adik beradik terutamanya yang mendirikan rumahtangga semakin kukuh. Ini lantaran perkongsian cabaran membesarkan anak yang hampir sama.. yalah, baby mana yang tak kembung perut, baby mana yang tak menyusu, baby mana yang tak meragam. Maka, titik pertemuan inilah pula yang mengukuhkan abang-abang dan kakak ana.
Semoga ruangan KEMBOJA JINGGA ini juga dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat.

Saturday, December 20, 2008

PERKEMBANGAN SAHABAT-SAHABAT

Pertamanya ingin ana rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana terus mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita. Sukar sungguh diri ana untuk duduk dan mengadap komputer kerana disiplin diri yang lemah, namun Allahlah yang mengurniakan kekuatan untuk ana menaip disaat ini.
Berbicara tentang perkembangan sahabat sahabiah, tentu telah banyak perubahan yang berlaku, kerana jika dikirakan dari tarikh kita disatukan dalam satu baiah, ana kirakan mungkin sudah mencecah 4-5 tahun. Dari menyusuri hari sebagai ahli yang baru berkenal-kenalan dengan setiap kerkataan dalam Joe, kepadalah bari menggerakkan organisasi dan kini bergerak pula di medan masyarakat. Tentu pengalaman yang kita saling timba adalah berbeza, kerana faktor pendidikan, peluang, desakan dan geografi yang berbeza, ada yang sudah berintima' sejak dibangku sekolah, ada yang mulanya di metrik, ada yang mulanya di UTM, ada pula yang terhenti seketika dan pelbagai lagi.
Kadang-kadang ana turut terasa malu dengan sahabat-sahabat mekanikal dahulu, union yang diwujudkan begitu kuat, sedangkan kitalah sepatutnya memiliki ukhuwah yang lebih kuat. Kita juga sering tidak terpanggil untuk mengetahui perkembangan sahabat-sahabiah kerana ukhuwah yang longgar. Bukan sekadar ingin menuding jari kepada orang lain, tapi ana pun begitu juga.
Semoga kita dapat perbaikinya dari masa ke semasa.