Tuesday, December 30, 2008

1430 H


1430 tahun yang lalu, bersamaan dengan
1 Muharam sejarah telah menyaksikan satu titik kemenangan umat Islam apabila berlakunya peristiwa hijrah. Penghijrahan Rasulullah dari Kota Mekah yang ketika itu dikuasai kafir Quraish ke Madinah membuka lembaran baru apabila Islam mula memerintah.

Malangnya peristiwa kemenangan ini disambut penuh duka pada tahun ini apabila Kuffar Israel telah mengebom Wilayah Gaza yang dikuasai HAMAS. Negeri yang telah lama dipenjara dengan penjara berdinding batu ini ditekan lagi dengan pengeboman menggunakan pesawat pejuang. Lebih malang lagi apabila seluruh dunia yang selama ini sering berbicara tentang hak memerintah, keadilan sosial, dan sebagainya tiba-tiba membisu. Apatah lagi Amerika yang mengaku polis dunia terus menyokong keganasan Israel.

Terdapat negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan yang mengadakan kecaman dan demonstrasi, namun ia dilihat seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tidak ada tekanan yang serius, tidak ada tekanan yang mampu dirasakan oleh Israel. Bahkan ramai yang merasakan ini bukan urusan mereka.

Di dalam ruang ini, pihak pengurusan blog Kemboja Jingga merakamkan sekeras-keras kecaman terhadap tindakan zalim Israel. Mesti membikot produk-produk Israel dan sekutu mereka Amerika Syarikat. Kita juga mesti menyeru agar umat Islam mempergandakan munajat kepada Allah agar memberi kemenangan, dikuatkan keimanan dan menurunkan bantuan kepada saudara seIslam di Palestin.

Wahai sahabat-sahabat ku, apakah kita hanya menongkah dagu melihat kekejaman terhadap saudara kita? Apakah sahabat-sahabat tidak terfikir sesuatu, jika ada, jom sama-sama kita laksanakan.


Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!

0 comments: